Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana melayari blog spot Hukum Tajwid Al-Quran. Blog ini merupakan sebagai tugasan saya dalam kursus EDUP2053 iaitu Teknologi dan Media Pengajaran sebagai pelajar KDC IPGM Darul Aman ambilan November 2018. Disamping itu, ia juga merupakan kaedah untuk mengembangkan ilmu agama kepada masyarakat. Teknik membaca dan mengajar adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mana ianya adalah suatu teknik mudah, cepat dan menyeronokkan.
Bagi mereka yang menyukai Al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-
فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه
Maksudnya: Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca Al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak. Adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi.
Dari makna hadis di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari Al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan perbuatan yang lain-lain.
Terima kasih kongsi ilmu minta halal
BalasPadam