Rabu, 4 September 2019

HUKUM NUN SAKINAH & TANWIN



DEFINISI

💥Nun Sakinah ⇒ huruf nun ( نْ) yang bertanda sukun atau tidak berbaris.
💥Tanwin ⇒ tanda dhommatain
Dhammatain

                    fathahtain  Fathatain 
                    atau kasrotain Kasratain

HUKUM


💥Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Hijaiyah yang terdiri daripada 28 huruf, maka ia akan terbahagi kepada 4 hukum bacaan iaitu:

1. Izhar
2. Idgham
3. Ikhfa'
4. Iqlab


IZHAR HALQI




💥Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Izhar, maka wajib diizharkan bacaan tanpa dengung.

Huruf Izhar ada 6 iaitu :


Sebab dinamakan Izhar Halqi kerana setiap huruf tersebut keluar dari halqum.




Contoh :
























IDGHAM


DEFINISI

💥Bahasa : Memasukkan atau mencampurkan

💥Istilah : Pertemuan huruf yang tidak berbaris dengan huruf yang berbaris yang menjadikan huruf kedua bertasydid dan terangkat lidah ketika menyebutnya.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Idgham, maka bacaan wajib diidghamkan. Idgham ini berlaku kerana terdapat persamaan makhrajnya dan sifat pada huruf tersebut.

Syarat Idgham

💥hendaklah terdiri daripada 2 kalimah dimana kalimah pertama Nun Sakinah atau Tanwin  pada akhir kalimah dan kalimah dan huruf Idgham pada kalimah kedua tersebut.

💥Apabila Nun Sakinah dan huruf Idgham berada dalam 1 kalimah, maka dibaca TIDAK dibaca dengan hukum Idgham kerana ia menjadi hukum Izhar Mutlaq.


Huruf Idgham ada 6 iaitu: 




Contoh Idgham:



         

   Idgham Ma'al Ghunnah





           Idgham Bila Ghunnah 














IKHFA'



Definisi

💥Bahasa : Menyembunyikan

💥Istilah : Menyembunyikan Nun Sakinah atau Tanwin ke dalam huruf-huruf Ikhfa'.

Huruf Ikhfa' ada 15 iaitu:




Contoh













IQLAB




DEFINISI

💥Bahasa : Menukarkan atau memaling

💥Istilah : Menukarkan bunyi Nun Sakinah atau Tanwin kepada bunyi huruf Mim (م) apabila bertemu dengan huruf Ba (ب) beserta dengung.

Huruf Iqlab ada 1 sahaja iaitu huruf ب.












Khamis, 1 Ogos 2019

PENGENALAN






Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana melayari blog spot Hukum Tajwid Al-Quran. Blog ini merupakan sebagai tugasan saya dalam kursus EDUP2053 iaitu Teknologi dan Media Pengajaran sebagai pelajar KDC IPGM Darul Aman ambilan November 2018. Disamping itu, ia juga merupakan kaedah untuk mengembangkan ilmu agama kepada masyarakat. Teknik membaca dan mengajar adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mana ianya adalah suatu teknik mudah, cepat dan menyeronokkan.  

Bagi mereka yang menyukai Al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-

فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه

Maksudnya: Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca Al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak. Adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi.


Dari makna hadis di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari Al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan perbuatan yang lain-lain.